Saturday, 31 May 2008

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18.

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Wallahualam. Wassalam.

Thursday, 29 May 2008

Manusia dan Sangkaan

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Dipetik dari:Isuhangat .

Sunday, 25 May 2008

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi






Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

Friday, 23 May 2008

REHLAH PERCUMA !!!

gambar hiasan
Asslamuaalaikum W.B.T

Anda tiada perancangan selepas peperiksaan....
Anda tiada duit ,tapi mahu Berjalan-jalan.....
Anda inginkan kedamaian dan ketenanggan.....
Anda BOSAN...

Saya ada jalan penyelasaiannya(cehwah dah mcm model iklan plak ak)
Anda tidak perlu mengeluarkan wang ataupon berkerja semata-mata utk rehlah(rombongan)
cuma bawa anggota badan dan segala pakaian anda di dalam poket ataupon beg besar.
Segala urusan akan diuruskan org2 yg telah ditanggungjawabkan dan bertanggungjawab,
tempat yg begitu nyaman dan aman bukan g YAMAN..

Anda nak tahu Rehlah percuma ni lebih lanjut,(hahaha bajek nak bagitahu ar)
Tapi xpe diatas tanggungjawab yg diberikan oleh Ust Haris Bin Ismail (Abdeen) yg sentiase segak orgnyer, sy bagitahu jugak.

Destinasi yg ditujui rehlah pada kali ini ialah Alex yg terkenal dgn laut dan kedamainnyer,ia bukan kali pertama telah diadakan,tetapi sebelum ini sudah diadakan cume xtahu dah berapa kali..ia adalah dibawa pengandalian majlis A'ala..Rehalah adalah percuma (maganiah)


Tapi ada syaratnyer..Syarat2nyer ialah:

(1) Kernih Kuliah photostet (bukan lesen mak atau ayah kita)
(2) Pasport photostet
(3) Tasdiq Kuliah photostet
(4) Gambar 3 keping (bukan gambar aweks)
(5) Anda adalah seorang lelaki tulen bukan majalah Maskulin


Pendaftaran dilokasi majlis A'ala berdekatan dengaN Abdeen.

Cepat- cepat tawaran masih dibuka sebelum tawaran ditutup..

Untuk keteranggan lanjut sila Hubungi Ust Haris Bin Ismail @
Ust Farhan Bin Tamin-o111732821

Tuesday, 20 May 2008

ORANG CINA BOLEH JADIK MB KELANTAN TP........


PANDAMARAN 20 Mei – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, jawatannya boleh disandang oleh kaum Cina asalkan individu berkenaan adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Nik Aziz berkata, parti itu tidak ada masalah untuk berbuat demikian memandangkan parti itu dakwanya telah diterima baik daripada kalangan orang Cina dan India ketika ini.

“Saya sanggup beri orang Cina jadi Menteri Besar kalau dia ada kelulusan Al-Azhar.

“Ini kerana, Pas melalui pakatan pembangkang hari ini diterima oleh semua kaum dan di Kelantan sendiri kita telah memerintah selama 18 tahun walaupun ada pihak sebelum ini kata kita tak mampu,” katanya ketika berucap sempena ceramah perdana di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini malam tadi.

Dipetik Dari : Akbar Utusan Melayu Online

Kenapa perlu ada lulusan Al-Azhar? "Tepuk Dada Tanya Selera"

"Bersama Kepimpinan Ulama"

Monday, 19 May 2008

KAKIKU MENGIGIL



بسم الله الرحمن الرحيم

Title saya hari ini mesti menjadik tanda tanya kepada pembaca2 di luar sane,kalo yg xda tanda tanye buat2 lah bertanye yerk.. dek kate dlm lirik lagu yg berbunyi "malu bertanye kawan sesat cari jalan pulang " yg di nyayikan oleh kumpulan XPDC.
Kakiku Mengigil lagi bkn kerna ak dijankiti parkinson maupon digigit oleh semut api,tp kerna sudah begitu lame tidak menikmati utk menendang bola,tp jgn silap bukan bola2 api atau bebola ikan yg saya maksudkan tp bola sepak atau dlm bahase org putihnyer football kalo nak tahu lebih lanjut sila semak kamus dwibahasa ape dia maksud football.Dan kali terakhir sekali ak bermain bola iaitu sehari sebelum peksa syafawi Quran dan Feqh Syafie iaitu pada tanggal 3 Mei 2008 bersamaan hari sabtu.syok 2 main,tp sblm sy hari sy bermain bola 2,sy mempersiap2kan diri dahulu utk mengahadapi peperiksaan syafawi yg diadakan pada keesekokan selepas bermain bola,dah betol2 bersedia baru lah tenang nak main bola,begitu seronok sekali bermain bola sampai kakiku kekejangan beberapa kali,dan smp xingat esk ada peksa syafawi.Ok,,nie nak cter pada keeseokkan harinyer plak iaitu peperiksaan syafawi yg ditunggu2 oleh mahasiswa2 Al-Azhar cawangan kaherah.Allhamdullilah docktor kali nie begitu baik skali dan memberi soalan yg mudah dijawab oleh pelajar2.

Sekarang sudah 19hb Mei 2008,kakiku mengigil terus dan terus mengigil tanpa henti,mcmner nak melepaskan gigil yg ada nie,xkan nak tendang dinding,bahaya 2,kaki nie nak guna lame,lagipon diriku masih single n xkawin lg...hehhe..sory terpromosi diri plak,saje amik kesempatan nie.huhuBagaimana nak hilangkannyer iautu dgn sentiase mengigati Pencipta segala Alam,ALLAH S.W.T.Tp dalam keadaan gigil nie xlupe jgak utk menghadapi peperiksaan yg akn
. datang,fokus2.Bola-bola jugak tp yg paling penting adalah imtihan yg mendatang,Allhamdullilah sudah kuhabisi segala mukarar yg doktor bg tp dgn usaha jerk x mencukupi kena lah disertai dgn memperbanyakkan ibadat..

Sebagaimana Firman Allah S.W.T yg bermaksud"

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (suci dan bersih)."

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila mendengar akan nama Allah bergetar hati mereka. Sekiranya dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah akan bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah"

surah Al- anfal 2

Dgn mengigati Allah hati akn menjadik tenang,dlm segala urusan pon hendaklah kita sentiasa mengigati Allah.Walau kita dimane dan dlm keadaan ape sekalipun Ingatlah Allah.Salam imtihan dari Diriku kepda Dirimu....caiyok2..

Sunday, 18 May 2008

KULIAH SUBUH

NASIHAT YANG MEYEDARKAN

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Biar susah, jangan menyusahkan.

JADUAL PEPERIKSAAN FASAL 2


4 MEI 2008 : Syafawi Al-Quran dan Feqh Syafie


20 MEI 2008 : Tahriri Al-Quran


24 MEI 2008 : Feqh Syafie


27 MEI 2008 : Qa'ah Bahas


DOA-USAHA-TAWAKAL

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikkum..W.B.T.

Dengan ini sy Muhamad Farhan Bin Tamin,tanggal 19 MEI 2008 bersamaan 13 JUMUDA AL-AWWAL merasmikan blog yang bertajuk IMPIAN SEORANG JEJAKA.(dgn muka yg sangat gembira dan ada secoet bangga)semua ahli bait nadi syabab tepuk tangan termasuk Mat Black blkg rmh....huhu